RANTAI MAKANAN

  Dapat ditakrifkan sebagai satu kumpulan     
  organisma apabila terdapatnya 
  pemindahan tenaga melalui satu siri 
  memakan (pemangsa) dan kena makan  
  (mangsa) atau setiap benda yang hidup   
  menjadi makanan kepada benda hidup   
   yang lain.


 


        Jenis-Jenis Rantai Makanan 

Rantai makanan pemangsa
   Rantai makanan ini bermula daripada herbivor dan kepada karnivor kecil hinggalah yang besar. Pemangsa pada aras yang pertama lebih kecil daripada yang kedua dan seterusnya.

Rantai makanan parasit
   Rantai makanan ini juga bermula daripada herbivor tetapi tenaga makanan dipindahkan daripada organisma yang besar kepada yang kecil. Organisma yang besar ialah perumah dan yang kecil ialah parasit.

Rantai makanan saprofit -
   Rantai makanan ini menunjukkan pemindahan tenaga daripada jirim organik haiwan dan tumbuhan yang mati kepada mikroorganisma.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment