Saturday 12 May 2012

Siratan Makanan

Kesemua rantai makanan saling berhubung untuk  membentuk siratan makanan. Ini kerana kebanyakan pengguna makan lebih dari satu jenis makanan. Oleh itu, siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan.

Contoh Siratan Makanan


 
Dalam contoh siratan makanan diberi terdapat 6 rantai makanan:
       i.     Pokok padi - burung pipit - ular - helang
       ii.    Pokok padi - tikus - ular - helang
       iii.   Pokok padi - belalang - burung pipit - ular
              - helang  
       iv.   Pokok padi - tikus - helang 
       v.    Pokok padi - belalang - ayam - ular - 
              helang
       vi.   Pokok padi - belalang - ayam - helang 

Kepentingan Siratan Makanan
 
Memastikan kemandirian spesies - jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. 

Hidupan boleh memperolehi makanan daripada  pelbagai sumber. 

Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah. Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular. 

 
Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.