Kesemua rantai makanan saling berhubung untuk membentuk siratan makanan. Ini kerana kebanyakan pengguna makan lebih dari satu jenis makanan. Oleh itu, siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan.
Contoh Siratan Makanan
►Dalam contoh siratan makanan diberi terdapat 6 rantai makanan:
i. Pokok padi - burung pipit - ular - helang
ii. Pokok padi - tikus - ular - helang
iii. Pokok padi - belalang - burung pipit - ular
- helang
iv. Pokok padi - tikus - helang
v. Pokok padi - belalang - ayam - ular -
helang
vi. Pokok padi - belalang - ayam - helang
Kepentingan Siratan Makanan
► Memastikan kemandirian spesies - jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran.
►Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.
►Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah. Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular.
►Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.